INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

Penubuhan NASIONALfm

Stesen NASIONALfm mula bersiaran ke udara pada pukul 12.00 tengah malam, 4 Januari 2012. Stesen ini bersiaran 24 jam sehari, meliputi seluruh Negara dan menggunakan Bahasa Melayu Johor Riau sebagai bahasa pengantar. Dalam posisi ini, NASIONALfm berfungsi sebagai Radio Tonggak peringkat kebangsaan yang menyampaikan maklumat secara berkesan secara ‘real time’.

SOUND OF THE STATION

Kandungan rancangan tertumpu kepada penyiaran info dan berita terkini serta semasa mengikut ‘real time’.   Penyaluran info juga secara santai sebagai sisipan dan suntikan (content injection) selaras dengan hasrat NASIONALfm sebagai Radio Info.

Pemilihan lagu hendaklah sesuai dengan cita rasa golongan sasar. Keutamaan kategori lagu dari tahun 1990 hingga muzik kontemporari (terkini), hits popular dan lagu lama yang sesuai (flashback). Kekerapan siaran lagu  ialah 3  lagu Melayu diikuti dengan 1 lagu antarabangsa.

KLASIFIKASI SIARAN

  • Maklumat             -        50 %
  • Hiburan                -        50 %

TAG-LINE

‘SENTIASA DI HATI’

PENDENGAR SASAR

Sasaran pendengar ialah seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum.  Keutamaan kepada yang berusia 15 hingga 50 tahun.

Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.

Operasi harian NASIONALfm dikendalikan oleh 3 bahagian iaitu Bahagian Rancangan, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

i) Bahagian Rancangan
Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan NASIONALfm. Selain mengatur kandungan siaran NASIONALfm, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio NASIONALfm.

ii) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran NASIONALfm termasuk urusan pengangkutan.

ii) Bahagian Kejuruteraan
Bahagian Kejuruteraan hanya dianggotai oleh 1 orang Penolong Jurutera J36 untuk menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya bila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi"

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.