Rancangan Tonggak Nasionalfm

  • Berita- disiarkan setiap jam - 24 jam sehari
  • 'Terus Terang'  - Isnin hingga Rabu  9.30 pagi hingga 10 pagi Rancangan bualbicara stesen ini menyentuh isu-isu semasa dengan personaliti personaliti yang berkredibiliti.  Setiap topik yang dibicarakan dengan dikupas dan dijelaskan secara berterus terang.
  •  'Jendela'  - Setiap Isnin hingga Jumaat  3.30 petang hingga 5 petang. Dalam rancangan ini juruhebah berinteraksi terus dengan juruhebah stesen RTM di seluruh negara.  Ruangan ini menampilkan aktiviti-aktiviti yang sedang berlangsung di peringkat daerah dan negeri masing-masing.
  •   'Lapor Terus'- merupakan laporan terus wartawan RTM di lokasi di seluruh negara.  Ruangan ini memberi peluang kepada pasukan Berita RTM untuk menjadi yang 'Pertama di lokasi dan Pertama ke Udara'. Ruangan ini disiarkan pada bila-bila masa 24 jam sehari.
  • '953 Bukit Putra'- rancangan mini drama radio ini memaparkan selok belok kehidupan masyarakat majmuk metropolitan dalam negara. Menyampaikan mesej-mesej penting dan  isu-isu semasa yang relevan dengan kehidupan di peringkat akar umbi.
  • 'Sukan Nasional'- kapsul harian yang disiarkan setiap hari dari 10.10 hingga 10.20 malam.  Rancangan ini dimuatkan dengan informasi perkembangan sukan terkini dalam dan luar negara.  Ruangan ini juga digunakan untuk menyiarkan secara langsung liputan perlawanan bolasepak yang penting dan utama.
  • 'Pilihan Bersama'- rancangan paling popular berusia lebih 20 tahun. Rancangan ini hanya menyiarkan lagu-lagu pilihan pendengar sahaja. Pilihan pendengar ini memaparkan citarasa terkini pendengar radio semasa.

Utama

 

Nasional FM