Menu 10-2(10a.m-2p.m)

Segmen ini menumpukan kepada topik pembangunan keluarga dan masyarakat.Antara fokus utama ialah penyampaian mesej berkaitan melalui genre drama seperti "953 Bukit Putra" dan "Layar Maya". Pilihan hiburan ialah Lagu-lagu terkini dan 'Flashback Hits'

'IOK' - Interaktif Orang Kita (2 p.m-5 p.m)

Segmen ini bersifat interaktif untuk menyalurkan informasi terkini khususnya dari pelbagai peringkat seperti peringkat negeri, daerah mahupun daripada sumber-sumber lain. Antara rancangan popular ialah rancangan 'Jendela'.

Santai (5 p.m-8 p.m)

Segmen ini, sesuai dengan namanya- menghidangkan lagu-lagu popular tahun 80an dan 90an dalam suasana santai sahaja. Di samping hiburan, informasi ringkas diselitkan untuk kepentingan pendengar.

Pilihan Bersama(8 p.m-12 a.m)

Segmen paling popular ini hanya menyiarkan lagu pilihan pendengar. Dalam kata lain, lagu-lagu popular masa kini boleh didengar melalui  segmen ini.

Rileks(12 a.m-3 a.m)

Segmen yang dikhususkan untuk pendengar yang tidur lewat malam. Segmen ini difokuskan kepada pendengar muda.Segmen ini dimuatkan dengan rancangan / informasi yang relevan untuk para belia. Antara rancangan ialah "Generasi Y' yang menampilkan ikon belia yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Layan(3 a.m-6 a.m)

Segmen ini menghiburkan pendengar di awal pagi dengan hiburan terkini dan informasi ringkas.Pendengar juga dilayan menerusi SMS dan panggilan telefon.

Nasional FM