SEJARAH STESEN NASIONALfm

NASIONALfm – merupakan kesinambungan kepada sejarah penubuhan Radio di negara kita pada tahun 1946. Sejarah Radio berbahasa Melayu yang meliputi seluruh tanahair sudahpun bermula menerusi pelbagai nama stesen seperti Radio Malaya, Rangkaian Nasional, Radio Satu dan sebagainya. Hari ini, Nasionalfm memikul amanah ini dengan semangat baru dan corak persembahan yang sesuai dengan tuntutan masa.

Tepat jam 12 tengah malam bertempat di studio konti 2 Wisma Radio, lagu pengenalan ‘Nasionalfm…sentiasa di hati’ mula berkemundang di udara di seluruh negara menandakan kesinambungan dengan wajah baharu. Nasionalfm bersiaran selama 24 jam sehari ke seluruh pelusuk negara dengan siaran Berita Radio setiap satu jam menjadikannya stesen Radio yang mempunyai gelanggang siaran paling luas di Malaysia.

Radio Nasionalfm akan terus melakar laluan sejarah sebagai Radio Kebangsaan, Radio Induk dan Radio Tonggak bagi kesemua stesen Radio RTM di seluruh negara.

MISI NASIONALfm

 Sesuai  dengan kedudukannya sebagai satu-satunya stesen Radio Kebangsaan,  Nasionalfm  berfungsi sebagai radio, media atau gerbang untuk  maklumat yang  berterusan  (free flow informationstream) 24 jam sehari. Kandungan siarannya memberi keutamaan kepada dua keperluan utama iaitu

Baca Lagi

VISI NASIONALfm

Menjadi stesen radio utama negara yang menyiarkan informasi dan hiburan dari seluruh  Malaysia ke seluruh Malaysia 24 jam sehari dalam Bahasa Malaysia melalui pelbagai genre penyiaran

 

KANDUNGAN SIARAN NASIONALfm

Sesuai dengan konsep ‘Hiburan Berinformasi’  Nasionalfm, kandungan utama siaran stesen ini ialah :

Baca Lagi

KONSEP SIARAN NASIONALfm

Konsep Nasionalfm ialah siaran muzik dan informasi terkini 24 jam sehari. ( Young music in free flow information stream round the clock)  Tumpuan muzik ialah Lagu Terkini (Contemporary Hits) dan sempadan muziknya  ( muzik range) ialah dari yang terkini hingga tahun 80an sahaja.

 

RANCANGAN UTAMA NASIONALfm

- Rancangan  “Jendela”   

(Setiap Isnin hingga Jumaat   3 – 4 petang)

Baca Lagi

Nasional FM